Sunday 12 April 2015

Surat Mintak Kerja

MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN
125 A KAMPUNG SUNGAI SULOH,
83040 BATU PAHAT,
JOHOR.

13 MARCH 2015

PENGURUSI MAYBANK
NO. 84 (TINGKAT 2) 

JALAN RAHAMAT,

83000 BATU PAHAT JOHOR

Tuan/Puan,

Permohonan Untuk Jawatan Sebagai Pereka Grafik Komputer

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,saya 
MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN (960513-01-7181) 
berminat memohon jawatan sebagai Pereka Grafik Komputer di syarikat tuan setelah 
diiklankan oleh pihak tuan di internet kelmarin.Saya yakin bahawa 
kelayakan dan latihan profesional yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan 
yang saya pohon.

Bukan sahaja itu, tiga tahun pengajian saya di 
Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat,Johor di tambah lagi dengan 6 bulan 
praktikal di O Yes Printing Sdn Bhd,Batu Pahat,Johor 
dan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai 
penolong fotographer dalam Syarikat Fuji Film Sdn. Bhd. telah memberi 
saya keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan pereka Grafik 
Komputer seperti yang tuan iklankan dalam internet beberapa hari yang lepas.

Kursus diploma yang saya miliki banyak memberikan saya pengetahuan 
asas yang sangat luas mengenai pereka grafik.Pengkhususan saya dalam 
bidang komputer grafik telah memberikan saya kefahaman yang luas mengenai cara 
penggunaan pelbagai software yang profesional.Semasa bertugas di Syarikat 
Fuji Film Sdn. Bhd. Tanggungjawab saya meliputi pelbagai 
bidang. Saya bertanggungjawab untuk menentukan 
rupa dan fungsi camera.Contohnya,camera boleh jadi dari pelbagai jenis,seperti sesuatu 
seni yang sangat menari. Fotographer memang memainkan peranan yang sangat penting
dalam seni dimana perlu menggambarkan sesuatu sehingga ke butiran yang paling 
kecil.Misalnya,jika mereka sedang hendak mengambil gambar mereka akan teliti dimana 
pengcahayaan akan datang.  Supaya suatu seni karya yang menarik dapat dipaparkan 
kepadapelanggan.Pengalaman kerja saya telah mengajar saya bagaimana untuk   berdepan dengan situasi yang memerlukan dan tabah serta bagaimana mencipta hubungan kerja yang harmoni 
dengan pelbagai manusia yang mempunyai bermacam-macam minat dan latar
belakang mereka yang berlain.

Saya amat berharap permohonan kerja saya 
ini akan tuan/puan pertimbangkan kerana saya 
ingin bekerja dan memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan pendapatan 
keuntungan syarikat

Sekian,terima kasih.


Yang Benar,


-----------------------------------
(MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN)

No comments:

Post a Comment