Sunday 12 April 2015

Karangan Tentang Dadah

Dadah merupakan sesuatu benda yang bagus tapi disalahgunakan oleh manusia. Dadah menjadi satu isu yang sangat krisis sejak kebelakangan ini. Setiap hari ada sahaja berita yang berkaitan dengan dadah yang dipaparkan di media masa dan radio. Kenapa masalah seperti ini sering berlaku. Apakah kesannya terhadap transformasi Negara?

        Masalah penyalahgunaan dadah merupakan isu besar kepada negara. Masalah ini boleh merencatkan transformasi pembangunan kerajaan. Kemajuan negara boleh terjejas dengan peningkatan kes penyalahgunaan dadah. Kewujudan dadah sintetik telah membawa kepada peningkatan kes berkaitan dengan dadah. Ketagihan dadah jenis ini meninggalkan kesan yang lebih berat.

       Pengambilan dadah sintetik menyebabkan ketagihan yang lebih teruk. Dadah buatan ialah dadah yang tidak tulen, sering dicampurkan dengan bahan lain untuk mencukupkan sukatan. Untuk melepaskan gian, pengambilan dalam dos yang sentiasa meningkat diperlukan kerana sukatan dos itu tidak mencukupi untuk tahap khayal yang diperlukan. Walaupun mencukupi tetapi kesan penagihan akan meningkat apabila daya toleransi badan meningkat terhadap kadar pengambilan. Dengan ini wujud sifat pergantungan.

       Kecenderungan sakit mental dalam masa yang singkat juga kesan akibat ketagihan. Untuk meningkatkan tahap khayal dan rangsangan, pelbagai campuran dimasukkan oleh penagih dan juga pengedar. Pengambilan berterusan memberi kesan kepada saraf badan dan otak. Kemurungan dan keresahan menjadikan dopamina dan serotonin dalam otak berkurang yang akhirnya boleh menyebabkan gangguan kepada saraf mental. Peningkatan kes kecelaruan mental merupakan salah satu masalah negara pada masa ini.

     Kesan penagihan dadah sintetik ini juga boleh membawa kematian dalam usia muda. Bahan untuk menghasilkan dadah sintetik melibatkan bahan yang tidak boleh diterima oleh badan, 'beracun' dan merosakkan. Penurunan selera makan dan berat badan, menjejaskan pembinaan antibodi. Kesan ketagihan jangka panjang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, imunisasi lemah, kegagalan fungsi jantung dan kerosakkan hati. Kematian pada usia muda, kehilangan sumber tenaga kepada negara.

     Kesan pengambilan dadah ini juga akan mewujudkan sifat pergantungan, selera makan dan tidur terganggu apabila gagal mendapat dos yang mencukupi. Berat badan akan menurun, paranoid dan boleh berlaku perlakuan luar jangka. Dalam jangka pangjang membawa risiko yang mewujudkan halusinasi dn kelakuan psikotik. Halusinasi yang menyerang meningkatkan lagi gangguan tidur sehinggakan boleh tidak tidur selama dua minggu.

      Kesan terakhir ialah menjerumus kepada perlakuan ganas. Ketagihan berterusan mewujudkan perlakuan yang dikenali sebagai 'tweaker' atau 'mengidam ice' yang lebih banyak, tetapi gagal mendapat khayal yang 'mencukupi' boleh membawa perlakuan psikotik, ganas dan tidak rasional. Tahap perlakuan psikotik, mewujudkan ancaman dan risiko ke atas ibu bapa sendiri dan mereka yang terdekat merupakan cerminan kepada tahap ketagihan yang teruk. 

      Kesimpulannya, masalah penyalahgunaan dadah merupakan bebanan kepada negara. Oleh itu, peranan ibu bapa, masyarakat dan pelbagai pihak hendaklah digembleng. Apa yang dibimbangi, wujud 'tangan' ghaib dalam permasalahan ini. Kerugian dari segi masa, kos, tenaga, kepakaran, tumpuan pemikiran dan tindakan melibatkan isu ini mesti dirungkai untuk Malaysia yang sejahtera.


Surat Mintak Kerja

MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN
125 A KAMPUNG SUNGAI SULOH,
83040 BATU PAHAT,
JOHOR.

13 MARCH 2015

PENGURUSI MAYBANK
NO. 84 (TINGKAT 2) 

JALAN RAHAMAT,

83000 BATU PAHAT JOHOR

Tuan/Puan,

Permohonan Untuk Jawatan Sebagai Pereka Grafik Komputer

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,saya 
MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN (960513-01-7181) 
berminat memohon jawatan sebagai Pereka Grafik Komputer di syarikat tuan setelah 
diiklankan oleh pihak tuan di internet kelmarin.Saya yakin bahawa 
kelayakan dan latihan profesional yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan 
yang saya pohon.

Bukan sahaja itu, tiga tahun pengajian saya di 
Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat,Johor di tambah lagi dengan 6 bulan 
praktikal di O Yes Printing Sdn Bhd,Batu Pahat,Johor 
dan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai 
penolong fotographer dalam Syarikat Fuji Film Sdn. Bhd. telah memberi 
saya keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan pereka Grafik 
Komputer seperti yang tuan iklankan dalam internet beberapa hari yang lepas.

Kursus diploma yang saya miliki banyak memberikan saya pengetahuan 
asas yang sangat luas mengenai pereka grafik.Pengkhususan saya dalam 
bidang komputer grafik telah memberikan saya kefahaman yang luas mengenai cara 
penggunaan pelbagai software yang profesional.Semasa bertugas di Syarikat 
Fuji Film Sdn. Bhd. Tanggungjawab saya meliputi pelbagai 
bidang. Saya bertanggungjawab untuk menentukan 
rupa dan fungsi camera.Contohnya,camera boleh jadi dari pelbagai jenis,seperti sesuatu 
seni yang sangat menari. Fotographer memang memainkan peranan yang sangat penting
dalam seni dimana perlu menggambarkan sesuatu sehingga ke butiran yang paling 
kecil.Misalnya,jika mereka sedang hendak mengambil gambar mereka akan teliti dimana 
pengcahayaan akan datang.  Supaya suatu seni karya yang menarik dapat dipaparkan 
kepadapelanggan.Pengalaman kerja saya telah mengajar saya bagaimana untuk   berdepan dengan situasi yang memerlukan dan tabah serta bagaimana mencipta hubungan kerja yang harmoni 
dengan pelbagai manusia yang mempunyai bermacam-macam minat dan latar
belakang mereka yang berlain.

Saya amat berharap permohonan kerja saya 
ini akan tuan/puan pertimbangkan kerana saya 
ingin bekerja dan memberi sepenuh perhatian disamping meningkatkan pendapatan 
keuntungan syarikat

Sekian,terima kasih.


Yang Benar,


-----------------------------------
(MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN)

RESUME

RESUME


MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN

125 A KAMPUNG SUNGAI SULOH,
83040,BATU PAHAT
JOHOR

                                                                                   NO. KP:960513017181

OBJEKTIF

· Menimba pengalaman bekerja.
· Mencari pekerjaan yang tetap dan stabil.

MATLAMAT

· Membantu untuk menaikkan taraf pendapat hidup.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : MUHAMAD RUZAINI BIN HAMDAN

Nombor Kad Pengenalan : 960513-01-7181

Tarikh Lahir :13 MEI 1996

Tempat Lahir :  Hospital Batu Pahat
Status Perkahwinan : 
Bujang
Umur : 19 tahun
Jantina : Lelaki
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Tinggi : 166 cm
Berat Badan : 80kg
Kesihatan : Sihat


MAKLUMAT AKADEMIK
Kelulusan tertinggi
Diploma In Computer Graphic Design (2014-2016)
Basic Learning of Related to Graphic Design
Institusi : Kolej Poly-Tech Mara
CGPA : 3.93 daripada 4.00
Kedua tertinggi
Sijil Pelajaran Malaysia  
(SPM-2014)
Aliran Sains Tulen
Institusi :SMK Tinggi Batu Pahat
Pencapaian : 8B
Lain - Lain
Penilaian Menengah Rendah (PMR) (2011)
Institusi : SMK Tinggi Batu Pahat
Pencapaian : 3A 5B




AKTIVITI KOKURIKULUM
 
Unit Badan Beruniform :(Pengerusi)  Kadet Polis
Sukan Dan Permainan : (Bendahari) Catur
Kelab Dan Persatuan : (Penolong Setiausaha) Persatuan Seni Visual


Kebolehan Bahasa
Percakapan
Bahasa Melayu ( sangat baik )
Bahasa Inggeris ( baik )
Penulisan
Bahasa Melayu (  baik )
Bahasa Inggeris ( baik )

 Kebolehan Istimewa
Berkemahiran dalam bidang berbahas .Selain itu,mampu mengunakan komputer dengan baik.

Kebolehan Lain


Belajar dengan cepat, boleh bekerjasama dengan ramai orang, membuat slideshow untuk pembentangan 
kertas kerja,membuat banner,peramah.

Sumbangan

· Tempat Kedua Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri
· Johan Dalam Pertandingan Berbahas Peringat Negeri

Pengalaman Berkerja

O Yes. Kedai Pengiklanan (2011-2012)
Latihan Praktikal –  Bertanggungjawab untuk membuat 'design' berkaitan
                               dengan barang-barang

Engineer  - Toyota Batu Pahat 
Johor (May 2012 Jun 2013)
Car Service and Repairing
– Memastikan untuk membetulkan kereta dan
memastikan kenderaan dalam kedaan baik.
pelanggan berjalan dengan lancar serta siap mengikut jadual. 
Juga mengawal kuantiti part sentiasa mencukupi dan tidak berlebihan


Rujukan

Encik Mohd Lutfi bin Radhi ( Bekas Penolong Kanan dan Ketua Bahagian)
Toyota Batu Pahat Johor
No Hp : 012-726